Selasa, 26 April 2011

Aku SebuaH Rumah Banglo

       Aku sebuah rumah banglo yang tersergam indah di atas  sebuah bukit.  Badanku berwarna  putih dan  rambutku berwarna  biru laut.  Keadaan persekitaran  di sini  nyaman dan  udaranya segar.
       Aku  dibeli oleh  seorang jutawan  terkenal.Namanya Dato'  Hazim atau  lebih dikenali  sebagai "JOE".Tuanku dan  keluarganya mendiamiku.  Tuanku berasa  megah dan  gembira memilikiku  kerana aku  merupakan sebuah  banglo yang  termahal dan  tercantik di  bandar ini.
       Keluarga tuanku amat mementingkan kebersihan. Aku dijaga dengan baik. Tuanku mempunyai ramai kenalan perniagaan. Hampir setiap bulan tuanku mengadakan jamuan. Aku menjadi bualan tetamu yang hadir. Mereka memuji kecantikanku.
        Kegembiraan yang kukecapi cuma selama lima tahun. Tuanku bersama-sama keluarganya berhijrah ke luar negara. Aku bertukar menjadi usang. Tahun demi tahun keadaanku menjadi lebih teruk. Beberapa orang pemuda menjadikan diriku tempat menagi dadah.
         Kegiatan para penagih diketahui oleh pihak polis dan aku diarahkan untuk dirobohkan. Walaupun aku berasa sedih, namun aku bersyukur kerana pernah berbakti dalam hidupku.      (143 PATAH PERKATAAN)